Dalam pergaulan seharian, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari keterlanjuran dalam percakapan, perbuatan atau tingkah laku yang bisa
membangkitkan perasaan marah terhadap orang lain. Oleh karena itu, sebagai Muslim asas pergaulan mesti wujud dengan berlandaskan kesabaran. Ketika ini menahan diri dari marah dan memberi kemaafan pada orang harus diamalkan seperti firman Allah:
‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi
kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
suka membuat kebaikan.’ (Surah Ali Imran: 134)
Menahan kemarahan atau sabar adalah sesuatu yang penting dalam
hidup, kerana marah sangat bahaya dalam kehidupan seseorang. Sebab itulah
Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat
menahan dari kemarahan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
‘Barangsiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia bisa menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih pintu surga yang dia mahu.’ (Riwayat At-Tarmizi)
Dari hadis di atas jelas bahwa orang yang dapat menahan dirinya dari
mengikuti nafsu marah dengan melenyapkan segala rasa dendam dari setiap
peristiwa yang berlaku akan mendapat balasan di akhirat kelak, iaitu Allah
anugerahkannya dengan satu kelebihan untuk memilih surga serta diberi
keutamaan sama seperti orang-orang yang mati syahid. (Rujuk Al-Mubarakfuri.
1965, hlm. 166)
PUNCAK MARAH DAN TINDAKANNYA
PUNCAK MARAH DAN TINDAKANNYA
Al-Raghib menguraikan perkataan Al-Ghaiz sebagai bersangatan marah,
yaitu ledakan panas secara pantas yang terdapat dalam diri manusia. Ini adalah
hasil dari tindakan marah dalam hati seseorang bila mendengar sesuatu
yang menyentuh hal peribadi atau keluarganya. (Rujuk 'Ali Al-Mugni al-
Fayumi. T. Tarikh. hlm. 459-460)
Imam Muhd. 'Abduh menjelaskan Al-Ghaiz yaitu perasaan marah adalah penyakit yang terdapat pada jiwa manusia apabila merasa kurang mendapat perhatian dari hak yang sepatutnya
didapati, seperti harta benda, pangkat dan kemuliaan. Penyakit marah ini sulit
untuk sembuh serta akan melarat kepada penyakit dendam yang amat sangat
dan ia seringkali membawa keinginan untuk membalas. (Rujuk Muhd. Rasyid
Redha. Cetakan Ke 2. T.Tarikh. hlm.134). Menurut Zarnahsyari, pengertian Al-
Kazim atau Al-Kazmu ialah simpan dalam hati, tidak dapat dilihat dengan mata
kasar terhadap tingkahlaku atau perangainya serta tidak nampak kesan pada
seseorang. Lama-kelamaan ia akan hilang. (Rujuk Al-Zarnahsyari. 1987. hlm. 45)
Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah, ialah bertindak menahan
diri dari marah atau dengan kata lain bertindak jangan mengikuti perasaan
marah serta awasi dengan penuh kesabaran. Oleh karena itu sepatutnya bagi setiap jiwa
sabar menjauhkan diri dari marah. Janganlah melaksanakan sesuatu
perbuatan berdasarkan marah kerana ia akan menyakiti orang lain dengan
perbuatan dan ucapan. Sebab itulah Rasulullah menjawab kepada pertanyaan
sahabat dengan persoalan yang berbunyi:
"Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang bisa memasukkan aku ke
dalam surga?" Jawab Rasulullah, "Janganlah kamu marah, balasan bagimu adalah surga".(Riwayat Al-Thibrani Melalui Sanad Sahih)
MENGELAK DARI KEMARAHAN
MENGELAK DARI KEMARAHAN
Tabiat manusia suka berhadapan dengan keburukan orang lain. Kadangkala
tabiat itu membawa kepada dengki dan dendam. Segala cetusan ini adalah
hasutan syaitan kerana pada waktu itu manusia sudah hilang pertimbangan
lantas mereka mulai bertindak di luar pemikiran yang wajar. Untuk mengelak
persoalan tersebut setiap insan perlu mengawasi diri mereka supaya jangan
mengikut perasaan, atau jangan menyahut seruan dan panggilan orang yang
sedang marah. Seandainya kita berdaya mengawasi dan menahan keadaan
demikian, maka itulah sifat orang yang bertakwa dan beriman kepada Allah.
(Rujuk 'Abdul Hakim Assaid' Adam, 1984. hlm. 34) Firman Allah:
‘Dan orang-orang yang menahan diri dari kemarahan serta memberi kemaafan pada orang lain sesungguhnya Allah amat kasih terhadap orang yang berbuat baik’(Surah Al-Imran: 134)
Berdasarkan ayat di atas Allah menyeru hamba-Nya melakukan
kebaikan sesama manusia apabila mereka menjalin persahabatan dalam
pergaulan seharian.
Di sini kita dapati antara akhlak yang diajar oleh Allah kepada rasul-Nya
Muhammad s.a.w. ialah adab pergaulan, seperti lemah lembut, berhati mulia,
sabar dalam menghadapi situasi yang tidak diingini, pemaaf, berdamai dan
menahan marah. Sebagai dalilnya Allah berfirman:
‘Ambil olehmu wahai Muhammad jalan kemaafan dan suruh umatmu melakukan
kebaikan dan berpaling olehmu dari orang-orang yang jahil.’(Surah Al-A’raf: 199)
Ayat ini menegaskan bahawa kemaafan adalah lambang kemuliaan
akhlak ketika hendak bekerjasama dengan orang lain. Andai terdapat sikap atau
tingkah laku yang kurang menyenangkan, atau memamerkan keperibadian
yang kurang sopan dan akhlak yang rendah, kita hendaklah menjauhkan diri
dan jangan melayani mereka. (Rujuk Al-Razi. 1990. hlm. 78. Juzuk 15). Sebab itu
ketika turun ayat ini Rasulullah bertanya kepada Jibril:
"Wahai Jibril! Apa maksud ini?" Kata jibril, "Wahai Muhammad!
Sesungguhnya Tuhan kamu berfirman dengan maksud: Hendaklah kamu
sambung silatulrahim dengan siapa yang memutus persahabatan denganmu,
dan hendaklah kamu menghulur pemberian kepada siapa yang menegah
pemberiannya pada kamu dan hendaklah kamu maafkan sesiapa yang menzalimi
kamu".
Melalui ayat dan hadis ini Allah menyuruh hamba-Nya memaafkan
kesalahan orang lain, menghormati orang yang tidak menghormati orang lain
(dengan maksud sombong dan angkuh) dan merapatkan silaturahirn yang telah
terputus. Inilah gambaran sebaik-baik akhlak yang dituntut oleh Allah. (Rujuk
Al-Wahidi Al-Nisaburi. 1316H. hlm. 171). Sebab itu Rasulullah bersabda:
‘Kekuatan itu bukanlah ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya
kekuatan yang sebenar dapat menahan dari kemarahan.’ (Al-Bukhari)
Sebab itu para ularna dan ahli psikologi sependapat bahawa orang yang
pemarah dan berani melakukan sesuatu di luar landasan akhlak itu ialah mereka
yang termasuk dalam golongan bodoh dan tidak normal jiwa dan fikiran karena
mengikuti nafsu dan perasaan semata-mata, bukan mengutamakan permikiran
yang bijak. Tetapi orang yang berani sebenarnya ialah mereka yang dapat
mengawal diri serta nafsu marahnya dengan penuh kesabaran serta dapat
memaafkan segala kekhilafan yang dilakukan oleh orang lain terhadapnya, sekali
gus menggambarkan dialah orang yang cerdik dan bijak. Berdasarkan firman
Allah:
‘Dan bagi siapa yang sabar dan sentiasa memberi keampunan yang demikian
itu termasuk golongan yang melaksanakan setiap yang dituntut.’(Surah Al-Syura: 43)
Dari keterangan ayat ini tidak heranlah bahwa jiwa Rasulullah s.a.w.
tidak pernah terguris atau marah. Sebab itu jiwanya diibaratkan sebagai lautan
yang tidak akan keruh bila dicampak batu ke dalamnya. Dalam al-Quran Allah
berfirman:
‘Dan balasan jahat itu ialah jahat seumpamanya maka siapa yang memberi
kemaafan serta berdamai ganjarannya ke atas Allah yang membalasnya.’(Surah Al-Syura: 40)
Melalui ayat ini dapat direnungi betapa agung akhlak Rasulullah seperti
yang dijelaskan melalui gambaran kemuliaan peribadi junjungan kita
Muhammad s.a.w.
Adalah jiwa Nabi s.a.w. bagaikan lautan bila dicampak batu kedalamnya
tidak akan keruh dan tidak akan kering berkali kali ditimba airnya, tidak ada
suatu perasaan hanya lemah lembut dan sabar, bagi orang-orang yang sabar
sangat mengenali sifat ini. Sebagai cara ke arah penyelesaian, Nabi s.a.w. tidak
melayani sebarang yang menyakiti melainkan kesabaran dan tidak pernah
merasa rugi segala perbuatan orang-orang jahil melainkan menolak secara lemah
lembut, dan tidak berhasrat membuat penentangan melainkan sekiranya ada
pencerobohan yang diharam oleh Allah maka dia menentang karena Allah. ('Ali
Said Farahali 1985. hlm. 89-91)
Dari gambaran hadis di atas jelas sikap Rasulullah s.a.w. sepanjang
hayatnya sebagai seorang yang pemaaf, penyabar dan tidak pernah marah.
Melalui sejarah kita dapat melihat betapa banyak perbuatan jahiliah yang
menyakiti Rasulullah, namun beliau tetap sabar, tidak marah, malah memberi
kemaafan terhadap segala keburukan yang dilakukan terhadapnya. Di samping
itu baginda berdoa:
‘Ya Allah! Beri olehmu petunjuk pada kaumku ini sesungguhnya mereka tidak
mengetahui.’ (Al-Bukhari)
SABAR DAN KEBAIKANNYA
SABAR DAN KEBAIKANNYA
Sabar merupakan satu ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar
dilaksanakan. Namun demikian sabar bisa dilatih dan diajar pada jiwa yang
agresif, keluh kesah dan pemarah dengan mengingati Allah dan berzikir selalu.
Firman Allah:
‘Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu dapat menenangkan hati.’ (Surah Al-Ra'dhu: 28)
Dari hati yang tenang akan menjadikan seseorang itu sabar. Firman Allah:
‘Maka sabar olehmu bahawa kesabaran merupakan suatu yang indah.’ (Surah Al-Maarij: 5)
Pada ayat yang lain Allah berfirman:
‘Dan sekiranya kamu bersifat sabar itulah kebaikan bagi orang-orang yang
bersabar.’(Surah Al-Nahl: 126)
Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya manis sekali. Itulah ungkapan
yang sering didengar saban hari, namun manusia selalu kecundang di
sebaliknya. Di sini kita perlu ingat sejarah perjuangan Rasulullah. Baginda telah
membuktikan bahawa kejayaan baginda adalah berbekalkan kesabaran yang
kuat sehingga golongan kafir Quraish menerima Islam kerana terpikat dengan
kelembutan dan kesabaran baginda. Hal ini telah dibuktikan dalam sejarah
pejuangan baginda dan kisah-kisah yang menjadi contoh kepada kita. Salah satu
dari kisah tersebut adalah seperti berikut:
Sebelum memeluk agarna Islam Zaid bin Salanah telah datang menagih
hutang kepada Rasulullah secara kasar yaitu dengan memegang bahu dan
menarik baju Rasulullah serta meluahkan kata kata, "Kamu bani Abdul mutalib
yang sukar membayar hutang", lantas Zaid dihardik oleh Sayidina Umar dengan
mengeluarkan kata-kata yang kasar. Rasulullah tersenyum kemudian berkata,
"Antara aku dan Zaid bukanlah cara begini kau lakukan wahai 'Umar.
Sepatutnya kamu menyuruh aku supaya menjelaskan hutang dengan baik, dan
kamu menasihati Zaid supaya menerima penjelasan hutangnya dengan baik",
kemudian Rasulullah menjelaskan keadaan sebenar dengan katanya,
"Sesungguhnya baki dari hutang itu tiga cupak lagi", lalu Rasulullah menyuruh
Umar membayar dan diganda selain dari hutang itu dua puluh cupak lagi.
Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam dijiwa Zaid serta
menjadi impian untuk mendekati Rasulullah. Akhirnya impian itu menjadi satu
dorongan yang membawa Zaid menerima Islam. Setelah berada dalam agama
Islam, beliau menjelaskan bahawa kesabaran dan kelembutan Rasulullah itulah
yang memadamkan segala api kemarahan yang akhirnya membawanya untuk
bersama Rasulullah. (Rujuk Abdul Hakim Al-Sayid 'Autlah. 1984. hlm. 60)
Dari kisah di atas didapati sikap yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. itu
adalah lambang kernaafan, lemah lembut, serta bejiwa damai. Seterusnya sikap
tersebut menberi kesan yang besar dalam perkembangan dakwah Islam. Bagi
kita sebagai umat Islam sifat tersebut adalah sebaik baik contoh untuk diteladani
dan diikuti kearah pengukuhan ummah.
BILAKAH MARAH ITU DIBOLEHKAN
BILAKAH MARAH ITU DIBOLEHKAN
Marah dibolehkan apabila terjadi sesuatu yang perlu ditentang dan
dilawan, seperti pencerobohan terhadap jiwa, nyawa, harta dan pencabulan
marah atau kehormatan. Bagi melindungi harga diri dari dicemari, kita
perlu melawan dan menentang habis-habisan, sarna ada pada diri sendiri atau
keluarga ataupun orang lain yang tidak kena mengena dengan kita. Perkara ini
memang perlu diberi pertolongan untuk menyelamatkannya. Begitu juga
pencerobohan terhadap agama seperti tempat ibadah dipermain-mainkan dan
dicemari oleh seteru dan juga terhadap saudara seagama dengan kita dianiaya
atau disiksa ketika ini perlu dimarahi dan ditentang karena Allah. Tindakannya
adalah pada hati dan jiwa yang berlandaskan akal yang waras. Perbuatan
penentangan yang dilaksanakan perlu berdasarkan syariat, supaya tidak
keterlaluan atau melampaui batas. (Rujuk Al-Manawir. 1972. hlm. 355. Juzuk 5)
Sabda Rasulullah:
‘Bukanlah kekuatan itu ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya
kekuatan yang sebenar dapat mengawal dari tindakan marah yang melampaui
batas.’(Al-Bukhari)
BALASAN ORANG YANG MENAHAN KEMARAHAN
Sesungguhnya menahan diri dari marah adalah sifat muttaqin dan
balasannya di sisi Allah adalah balasan orang-orang yang bertakwa. Dan Allah
memberi jaminan kepada orang yang berjaya menahan kemarahan ini dengan
memberi keutamaan di hari akhirat untuk memikh syurga yang ia mahu,
berdasarkan dalil hadis:
‘Barangsiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan ia berjaya menghilangkannya,di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari sekalian makhluk sehingga ia memilih mana-mana pintu surga yang ia mau.’ (Al-Bukhari)
Dari pengajaran hadis ini sama samalah kita bersabar dan memberi
kemaafan kepada orang lain kerana kemaafan itu lebih tinggi martabatnya dari
menahan kemarahan. Namun demikian orang yang berjaya menahan diri dari
marah ini sudah tentu ada padanya sifat pernaaf dan ihsan pada orang lain. Jiwa
orang yang berjaya menahan marah juga sunyi dari sifat dendam, iri hati, dengki
dan talam dua muka. Sifat-sifat buruk inilah yang menyebabkan seseorang itu
tidak berjaya di akhirat, walaupun semasa hayatnya merupakan orang yang
soleh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Maka dengan ini sama
samalah kita berdoa agar dijauhi sifat-sifat sedemikian, dengan doanya:
‘Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat menahan
kemarahan mereka, dan jadikanlah kami orang orang yang suka memberi
kemaafan dan perdamaian. Kategorikanlah kami bersama orang orang yang
beramal dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah, mengikuti penghulu
segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitulah penghulu kami Muhammad Salailah 'Alaihiwassalam. Ya Allah! terimakanlah doa kami.’